resipi air katira Ayah

hye sweetie

sedar tak sedar, dah lebih seminggu kita berpuasa. rakan² ada yang telah mula menyediakan persiapan raya ke?? bagus...bagus...amat bersemangat!!

alamak! baru saya teringat. saya masih tada 'apply' cuti hari raya. hrmmmm berapa lama patut saya ambil cuti yer??? (masih berfikir²)

kita lupakan seketika berkenaan cuti raya & persiapan raya. masih ingat mengenai entry saya mengidam itu? ada teman yang bertanyakan resipi air katira ini. saya berkesempatan menyediakan air katira ini ketika pulang bercuti ke Kuantan. so yummie!!!

sila sediakan pen & kertas iyer. resipi ia simple & hasilnya amat sedap. saya tada tipu okeyh...

Bahan yang diperlukan

1 - Biji selasih
2 - Buah kembang semangkuk
3 - 1 tin susu cair
4 - 1 sudu kecil perisa pisang
5 - 1 senduk gula cair

Cara penyediaan
Rendamkan biji selasih & buah kembang semangkuk di dalam air panas. Setelah cukup kembang (ihikssss), asingkan biji & kulit buah kembang semangkuk. Campurkan kedua-dua bahan ini dalam satu jug besar bersama-sama 1 tin susu cair. Kacau sekali bersama 1 senduk gula cair. Masukkan 1 sudu perisa pisang tadi dan kacau sebati. Untuk dihidangkan sejuk, masukkan ais batu.

Tadaaaaaaaaaaa sudah siap!




pada sesiapa yang mencuba, sila kongsikan hasil anda bersama saya.
selamat mencuba & selamat berbuka puasa

p/s: saya bersama Kak Ngah berbuka dalam bas ke KL hari ini.

suatu malam di HTAR

hye sweetie

genap 1week kita berpuasa. malam ni, malam Ramadhan yang ke-8. harap puasa kita semua diterima Allah.

ouh well, saya ada cerita nak dikongsi. Ramadhan kali ini saya sambut dengan demam. iyer... demam panas melampau. haaaaaaaa... saya tetap berpuasa walaupun demam melampau tau. sayangnya 1st day berpuasa kalau tidak berpuasa. semacam tada rasa ke'syok'kan pula jika tidak berpuasa pada 1st day Ramadhan & last day Ramadhan.


temperature saya selepas berbuka puasa


jam 10pm, saya telah berada di HTAR, Klang. ramai sungguh orang ketika itu. kesian sangat² bila mendengar tangisan baby² comel. ouh ye... pihak HTAR telah menyediakan satu kawasan khas untuk pesakit yang demam. tada perlu ke Bahagian Kecemasan. hanya terus ke 'Pusat Saringan Demam'. menarik bukan?

suhu saya menaik secara mendadak sehingga 38.7°. nasib baik ujian darah semuanya 'clean & clear'. doctor malam itu amat baik. saya telah dimasukkan 1botol air. air apa tada pasti. yang pasti, selepas itu, saya berasa kurang sakit kepala & kepanasan itu.


pertama kali & sakit tau


saya pulang pada jam 2am. bayangkan betapa lama saya di HTAR. nasib adik ada menemankan saya. mau tahu kenapa ianya terlalu lama? mesin menguji darah rosak pada malam itu. sadis sungguh!

sila jaga kesihatan anda. segera dapatkan rawatan jika tada sihat.
take care semua...

Bengang by Akim

layan lagu ni pula



Aku bosan dengan cinta mu
Aku rasa buang masa
Kau selalu mendustakan cintaku

Aku fikir kau tak searus
Lebih baik ku beralih
Biar kan diriku terus bersendiri

Ku tak fikir engkau setia
Walau jasad dan juga nyawa
Sebagai tanda cintamu padaku katamu

Korus:
Tak mungkin ku percaya
Kata-kata yang penuh dusta
Hanya lah bibir berkata yang memilukan
Menambah bengang rasa hampa
Kerunsingan diriku terasa

Cukup berkali kau berkata
Jangan diulang lagi dusta
Jangan kau pujuk hati yang terluka

Tak mungkin akan ku kembali
Jika janji sekadar mimpi
Tak mungkin ku sama dirimu yang sering berdusta

Ulang Korus

Letih hatiku diserang pilu
Letih hatiku teringat janjimu, oooh caramu
Akan ku teruskan hidupku, oh tanpamu

Ulang Korus

Oooooo…..

saya mahu itu

hye sweetie

macam mana puasa? sudah hari ke-7. masih bertenaga? pasti bertenaga la. ingat sesuka hati tada mahu bertenaga & tada mahu berpuasa??? hehehe

INGAT. walau apa sekalipun, anda wajib berpuasa. kecuali sebab² yang tidak boleh dielakkan. bukan senang tau nak mengganti puasa. pengalaman diri sendiri

saya 'mengidam' macam² la. macam orang mengandung sulung pula. tapi betul! tekak saya berasa ingin makan pelbagai makanan. aiyoh! mampukah saya melaksanakan misi mengidam saya ini???

yang pertama, saya teringin sup tulang. ini gara² bersembang di forum la ni. terus berasa ingin sup tulang. sepantas kilat meng'SMS' Mak supaya memasakkan kami sup tulang. nikmatnya makan sup tulang bersama nasi yang masih panas. yummie!!!!

ouh ye! esok, saya & adik beradik yang lain akan pulang ke Kuantan. berbuka & bersahur bersama Mak & Ayah. tak sabarnya nak balik Kuantan. tiket bas sudah dibeli. untuk pulang balik ke Kuala Lumpur juga sudah dibeli oleh Mak. miss Kuantan very much

kedua, saya sudah teringinkan ini sebelum puasa. makin teringin pada 1 Ramadhan. tapi masih tada kesempatan. saya nak Java Chip. dD, kita perlu tamatkan rasa mengidam ini sepantas yang kita boleh okeh?

seterusnya, saya juga teringinkan air katira. rakan² tahu tak air ini? sedap sangat tau. Ayah selalu buatkan setiap kali tiba bulan Ramadhan. tapi sekarang, saya telah belajar ilmu membuat air ini dari Ayah. saya mahu sediakan air ini Ahad nanti. rakan² mahu resepi air ini? later saya tulis entry berkenaan resepi air katira oke...

ouh tidak! banyak lagi yang saya teringinkan. cukuplah yang ini kerana ini adalah yang utama.

sila utamakan yang utama

Nose's lovers

hye sweetie....

wanna add your shoe's collection? hehehe let's come for these Nose warehouse sale this weekend.

Nose Warehouse Sale

26 to 31 August 2009

Up to 50% Off
RM10 for all Ladies Shoes
Great Discounts Up to 50% on Ladies Handbags
50% +10% discounts for OneCard Members

Location

Bargain Corner
Ground Floor Rainforest
1 Utama Shopping Centre
Bandar Utama, Malaysia



can I go & grab another new shoe????

catatan rasa hati ini

malam ramadhan yang kelima....

saya tiba² berasa amat sayu hati. sedih. pelbagai rasa yang telah teradun dalam hati saya sekarang ini. kenapa saya tiba² diserang rasa itu? kenapa saya diasak dengan memori itu?

bodohkah saya kerana mengenang perkara lalu yang telah menjadi sejarah? bengongkah saya kerana masih merindui orang yang mungkin sudah jauh membuang saya dari kotak ingatannya? rugikah saya kerana menitiskan airmata kerana dihambat dengan segala rasa ini terhadap dia???

emo? ya...mungkin saya beremosi tada stabil ketika ini. saya tada kisah dengan apa jua tanggapan orang. perasaan saya, hati saya. sukati saya!!

saya tada pasti dia akan membaca ini atau tidak. dia tidak lagi menjadi pengunjung setia blog kesayangan saya ini. tapi saya pasti, sahabat lama dia pasti akan sampaikan ini kepada dia.

plsss, u know who u r. let him know about this.
B, walau kita telah terlerai dari ikatan itu, b nak B tahu yang jauh dalam hati ini, segala rasa yang kita kongsi bersama masih ada untuk B. di mana jua B berada, apa jua B lakukan, dengan siapa sekali pun, doa b sentiasa ada untuk B. moga B sentiasa bahagia, diberkatiNYA & dilimpahi rahmat & rezeki ALLAH. dari jauh, b sentiasa mendoakan, kehidupan B lebih ceria & bahagia tanpa b disisi...

Welcome Ramadhan



hari ini hari kita tengok anak bulan. kalau kita yang lihat sendiri, sure kita akan kata tak nampak. sebab takmo berpuasa. hahaha im just kidding!

mau tahu rupa anak bulan bagaimana?? terima kasih kepada pakcik Google kerana picca comey anak bulan ini...


rupa anak bulan dari jauh



rupa anak bulan dari dekat


dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada kesemua muslimin muslimat di seluruh dunia. sila berpuasa dengan gigih. moga amalan kita diterima ALLAH swt. kita ambil keberkatan bulan ini untuk memperbanyakkan amal ibadat kita.

jangan ponteng² puasa tanpa sebab yang kukuh iyer....

kan best....

saje wat entry mengarut sket ni...

kan best kalo visitor blog saya ini meninggalkan jejak. kan best jika dapat mengenali visitor blog saya ini. kan best kalau dapat berkawan dengan visitor blog ini.

alangkah best.....

p/s: daripada menjadi stalker dan meninggalkan ayat kurang manis di sana sini. jangan marah aaaaaaaa

tips hari ini

hye sweetie

hari ini berasa ingin berkongsi "Tips Mengenali Lelaki Idaman". pada mulanya ingin berkongsi dari pengalam hidup sendiri. tetapi, setelah saya berasa pengalaman saya tidak seberapa mana, akhirnya saya hanya bertanya pada pakcik Google.

tips ini daripada pakar motivasi (i guess) bernama Abd. Jalil Ali. artikel beliau selalu disiarkan di dalam majalah majalah Seri Dewi & Keluarga, Pesona Pengantin dan Midi.

mari kita membaca & menilai kebenarannya

1. Jgn mudah percaya cinta seorang lelaki.

Harus selalu diingat bahawa ada 1001 jenis mamat di luar sana yg bersedia utk memberikan cintanya kpd sesiapa shj, tidak kira anak dara, janda atau isteri orang. Lelaki jenis ini mudah menawarkan cinta. Baru sekali date dan belanja menonton filem Hindustan, sudah mengaku tertawan. Janji temu kali kedua dan setelah menjamu rojak buah sambil menghirup ABC, dia terus menyatakan I love you!.. Kalau dia mudah memberi cinta kpd anda, dia juga murah memberi cinta kpd org lain. Bagi lelaki spt ini tidak ada cinta sejati. Yg ada hanyalah cinta kacang putih yg boleh ditaburkan di mana shj. Sekali anda terperangkap dlm cinta palsunya, anda mudah menyerahkan apa yg diminta. Gelang emas, subang, duit dan segalanya.
Jauhi mamat seperti ini.

2. Jangan mudah termakan puji.

Mmg lelaki suka memuji. Tetapi, kalau pujiannya itu tidak munasabah, itu ertinya dia hanya ingin memperdaya anda shj. Fikirkan sama ada pujian yg diberikan itu menepati keadaan diri anda. Kalau dia kata,"Pinggang ayang ni ramping mcm biola," sedangkan hakikatnya ialah tubuh anda bulat seperti buah nangka, itu ertinya pujiannya tidak ikhlas. Atau, dia mungkin memuji,"Wajahmu licin seperti pauh dilayang, izinkan aku menjamahnya..." Sedangkan pipi anda penuh dengan jerawat batu, itupun komen yg tidak jujur. Sepatah kata org, sendiri mahu fikirlah! Lelaki ini dari spesies serangga perosak.
Jauhi lelaki seperti ini.

3. Jangan mudah terpengaruh dgn janji2 manis.

Ramai lelaki yg pandai memujuk dan memikat dgn janji2 manis. Kalau dia berjanji akan membelikan sports car sedangkan dia sendiri memandu kereta model tahun 70-an yg exhaustnya bocor dan enjinnya semput spt harimau lapar, jgn percayakan dia. Jika si teruna berjanji akan membelikan intan berlian utk membalut seluruh tubuh anda, ujilah keikhlasannya dgn berkata, "Boleh x abang belikan cincin emas sebesar anak mancis skrg?" Kalau cincin sebesar anak mancis pun dia tidak terbeli, mana dia hendak cari duit utk membalut tubuh anda dgn intan berlian. Percayalah ianya hanya cakap kosong. Dan, ingatlah dlm byk kes selalu terjadi 'cakap x serupa bikin!'

4. Adakah lelaki idaman anda menepati waktu?

Biasanya janji temu yg pertama, kedua dan ketiga, mmg tepat. Malah, yg pertama lebih awal dari waktu yg dijanjikan. Kalau janji tunggu di hadapan pawagam jam 6 ptg, pukul 4.30 ptg dia sudah ada. Tetapi, yg keempat mula nmpk tersangkut. Janji pukul 6, dia tiba 6.30. Kelima, keenam dan seterusnya selalu lewat, kdg2 'kantoi' terus tidak nmpk btg hidung. Memang dia akan memohon maaf, membongkok hingga 90 darjah sambil memberi bermacam2 alasan: jalan sesak, ada kereta masuk parit, tayar kereta pancit, senak perut nak pergi tandas, tok wan buat kenduri utk ke Mekah, hantar anak kak long ke klinik sebab buah saga termasuk dalam hidung, bla..bla..blah. 1001 alasan boleh diberikan. Org mcm ini tidak kira macam mana kacak pun dia patut dinyahkan segera. Kalau nasib tidak baik, pada hari pernikahan dia tidak muncul2, majlis pun boleh haru-biru.

5. Sesetengah mamat selalu datang dgn berbagai2 kisah duka.

Biasanya kisah sedih itu ialah perihal dia putus cinta dgn makwe yg dulu. Makwe mata duitanlah, "sekarang ni abang dh papa kedana, makan mi segera pun tak mampu!" Atau dia bercerita mengenai adiknya yg hendak masuk IPTA tetapi duit x cukup. Motosikal kapcai telah dijual, barang emas telah dilelong, tetapi masih tidak cukup duit utk hantar adik ke universiti. Ada kisah lebih tragis, ibunya jatuh tangga ketika hendak mengambil air sembahyang waktu subuh. Sudahlah terjatuh, terpijak pula lipan bara sepanjang dua jengkal..Ibu masuk hospital, kini ICU. Kalau sekali jumpa ada kisah sedih, boleh percaya. Tetapi kalau setiap kali ada janji temu, ada sahaja kisah sedih, jangan percaya. Itu semua drama sebabak untuk mendapat simpati anda. Lelaki ini boleh menangis teresak-esak utk menyakinkan anda dgn kisah sedihnya. Dia sebenarnya boleh dicalonkan sebagai pelakon air mata terbaik dalam Pesta Filem Malaysia. Biarlah dia menangis hingga basah baju, itu hanyalah tangisan sang buaya.

Saya percaya ramai wanita atau gadis telah mengetahui 5 perkara yg disebutkan di atas. Tetapi, kaum Hawa selalu lembut hati, walaupun tahu ada perangkap maut dan jerangkap samar, mereka percaya juga pada kaum Adam yg mempunyai ciri2 negatif itu. Sebab itu ramai wanita yg merana setelah berkahwin.
Cinta sejati sukar diperolehi zaman ini. Sekadar panduan, cinta yg murni tidak akan dilafazkan sesuka hati. Kadang2 cinta kudus itu tidak pernah terkeluar dari bibir, tetapi dapat dirasakan hingga ke dasar sanubari. Kesimpulan: biarlah lelaki menabur cintanya di tepi jalan atau di dalam lif atau di mana sahaja. Wanita jangan mudah terpengaruh pada 'cintan-cintun' seperti itu. Lebih baik hidup tanpa cinta daripada dibelenggu cinta palsu.

X-rated

last entry before im off. sleep time!!!


i love this picca


nite everyone. sweet dreams
tata

Happy Birthday Ayah & Mak

hye sweetie...

this entry is dedicated to my Ayah & Mak. last 12 Aug was my Ayah's birthday. yesterday was my Mak's birthday, 17 Aug. we already celebrated their birthday. a week early i guess...hehehe...


yummie Brown Walnut's cake from Secret Recipe. thx for the nice decoration


we celebrated their birthday at Pakteh's house. 'budak tecik' was really cool that night. not like before, always crying. she wanted to play with us, i guess.


Ayah feed her the cake. 'budak tecik' dah comot


Along, Kak Ngah, Abang & Adeq tersangat sayangkan Ayah & Mak. terima kasih kerana membesarkan kami, mendidik kami & menjaga kami sehingga dewasa. jasa Ayah & Mak tidak mampu dibalas. semoga Ayah & Mak sentiasa diberkatiNYA, dilindungiNYA, dirahmatiNYA. semoga Ayah & Mak dipanjangkan usia & dimurahkan rezeki.

we loves Ayah & Mak

is it necessary???

hai sweetie, my visitor, my reader, my stalker
hahaha

how are you today? heavy raining now in KL. quite cold now. should switch off the fan & air-conditioner now

btw, im not sure is this entry necessary or not. but to make thing clear & transparent (atau untuk membuatkan sesetengah pihak itu berpuas hati), i think, i'm doing the right thing.

i'm no longer attach with anyone but not available

please don't ask me when, how, why, bla...bla...bla... i wont tell. let it be our secret. enough by knowing that no happy ending to the relationship

hope, he will find his happiness with his own way. may ALLAH bless him always. always pray the best for him

miss the old dD

only short entry. again, dedicated to my best buddy, dD

really miss the old dD. dunno what happened to him. a little bit weird when im going out with him lately. he's not the dD that i know before. he's the shopaholic. same like me. but suddenly, the shopaholic's dD gone. sometime, he's like not with me in fact we are hanging out together. akin to a lot of thing in his mind. he also a little bit quiet, not like before, talkative.

plsss ALLAH, give me back the old dD
amin

Pakai Buang by Stacy



Kenapa bah kau berubah...kenapa bah (2x)

Hello...kenapa kau tak jawab telefon
Dah berlepuh jari menekan nombor sama
Lepas berkali kali ku cuba

Ku sangka kau betul...betul jatuh cinta
Bodoh sungguh untuk terus percaya
Habis madu sepah dibuang sahaja

Ref:
Cinta ku bukannya jenis pakai buang
Biar lah lebih dari sehari
Apakah kau sangka ku cinta segera
Sakitnya hati dipermain

Cinta ku bukannya jenis pakai buang
Tidak mungkin hanya sementara
Apakah kau sangka ku cinta segera
Bayangkanlah apa ku rasa

Kenapa bah kau berubah...kenapa bah (2x)

Baru saja kenal
Kau muncul semula
Mengatakan kau sudah berubah
Pujuk rayu sampaikan runtuh ke lutut

Hampir-hampir ku mengalah
Untuk memberi kita peluang kedua
Tapi kini ku lebih arif
Untuk percaya janji lelaki... yeaah yeaahh

Ref:
Cinta ku bukannya jenis pakai buang
Biar lah lebih dari sehari
Apakah kau sangka ku cinta segera
Sakitnya hati dipermain

Cinta ku bukannya jenis pakai buang
Tidak mungkin hanya sementara
Apakah kau sangka ku cinta segera
Bayangkanlah apa ku rasa

Kenapa bah kau berubah...kenapa bah.. (4x)
Jangan..jangan...jangan permainkan

[++ cinta saya bukan untuk dipakai buang okeh ++]

gotcha

hye semua

saya tengah busy sangat sebenarnya. kena siapkan pending task cepat². pastu kena briefing mengenai course mgmt module plak. banyaknya kerja mau buat!!! rasa tak cukup 24jam ni. walau busy, saya tetap nak buat posting baru ini. maaf la yer kepada sesiapa yang terkena

ouh well, lately ni saya agak rimas ngan komen² di chatbox saya. so annoying!! memula cam biasa², pastu cam saja nak menimbulkan kemarahan. chop! saya ingin bertanya satu soalan. adakah saya pernah mengganggu gugat hidup anda???

tiada apalah buat saya. here is one IP Address which i already detect the location. ada yang berasa seolah terkantoikah??? PSYCHO!!


menamakan diri sebagai ayu



this is the location



trace the IP address from someone's email


so, rakan² saya boleh menafsirkan ini bukan????

p/s: sorry utk kualiti gambar yang kurang. nanti saya upgrade ekkk

pomander

hye sweetie

saya ada mendapat pertanyaan dari rakan² blogger & Internet's surfer mengenai pomander ball. menjadi kegilaan juga ya pomander ini. iyalah, di Lovely Lace agak mahal, walau bersaiz kecil.

kebanyakan yang bertanya adalah bride to be. okey lah. untuk menjadikan majlis rakan² sempurna & mengikut seperti yang diimpikan, dirancang...saya telah memutuskan untuk menyewakan pomander ball saya itu.


2 pomander. mirror kecik² yang gantung tu pun boleh disewa juga

buat sementara waktu, pomander saya berwarna pink+putih, 2 unit sahaja & bersaiz sederhana besar. oleh kerana saya mempunyai hobi baru, home-deco, saya bercadang untuk menambah koleksi pomander saya sebagai hiasan rumah saya.

jika sesiapa yang berminat, sila emel ke relyza1410@gmail.com untuk sebarang pertanyaan lanjut. untung², saya boleh menambah kenalan baru. sambil menyelam minum air. kehkehkeh

amat gembira jika dapat membuat orang lain gembira & senang hati

nite @ SS2 Murni

hye readers

how are you? im pretty sure at this time, while im blogging, u all had a sweet sleep. me??? really tired but still cant sleep. must updating my lovely blog first before close my eyes. hehehe

since im staying at Bukit Jalil, almost every nite, my officemate & I had dinner together. "jalan-jalan cari makan". on Wednesday, we went to SS2 Murni. nice but the services a little bit slow. know what, my buddy damn hungry that time & getting angry. hehehe sorry Joseph for the bad services there. felt guilty...


four of us


while waiting for our food & drink, damn long, we're just chatting & laughing. there was JOKER among us. let guess who?? hehehe


the powerpuff girl


Atiqah & i also learned 1 tamil word. 'vilakku'. it's mean lamp. that the only tamil word that i can remember since the sound of the word same as Melaka.


dunno who is he staring at


ouh well, next to our table, there was a guy with blue shirt. he's so cute. hahaha am i rite Atiqah, Banu? girls' talk only.


I Love U & U Love Me drink. u shud try this


we're really had our wonderful nite that nite. really enjoyed the dinner with them.

quote from Joseph "kurang ajar, jumpa lagi"
plsss dont get mad to me

sleep time. gud nite everyone.
tata

Ketika Ini by Estranged

Sedih mulanya
Jikalau kamu tiada lagi di sisi
Wujud bezanya
Keadaan itu bertukar akhirnya
Sunyinya rasa
Yang sebenarnya di sini engkau tiada
Senangnya rasa
Mengingati masa dia ada bersama

Cerminkan aku ketika ini
Yang kaku setelah pecah

Ketika ini kurasa kehilanganmu
Ku mahu imbasi keadaan itu
Ketika ini ku rasa kehilanganmu
Ku mahu ingati keadaan itu lagi

Senangkah engkau
Sekiranya tiada aku jelma
Kuatkah kamu
Kalau tiada menunjukkan arah
Berdirilah kau
Agar yang disebelah kamu bantu
Sedihnya rasa
Hatiku mengundang masa kau masih ada

Cerminkan aku ketika ini
Yang kaku setelah pecah

Ketika ini kurasa kehilanganmu
Ku mahu imbasi keadaan itu
Ketika ini ku rasa kehilanganmu
Ku mahu ingati keadaan itu

Kelip terakhir
Buat mataku
Kita layari
Cakerawalamu

Hanya sunyi disisiku
Sehingga kita bertemu
Hanya suci ditanganku
Hingga kita bertemu

Ketika ini kurasa kehilanganmu
Ku mahu imbasi keadaan itu
Ketika ini ku rasa kehilanganmu
Ku mahu ingati keadaan itu lagi

[++ suka lagu ini. lirik ia best. layankan aje ++]

Influenza A

hai semua

apa khabar malam ini? saya berblogging dari office. mahu tahu apakah masa sekarang?? 8:40PM.

ya ya, saya amat berdedikasi semenjak bekerja di tempat baru. hampir 12jam saya berada di opis. balik rumah hanya untuk mandi & tidur. itu pun, saya masih tidak mendapat tidur yang cukup. bagaimana??? pape pun, saya amat suka kerja ini!

saya amat risau dengan keadaan semasa. H1N1!!! amat² berharap all my sweetie friends & readers terhindar dari wabak ini. sebagai tanda prihatin saya, i would like to share all the symptoms for this H1N1.

● demam ●
● batuk ●
● sakit tekak ●
● sakit badan ●
● pening kepala ●
● sejuk dan kelesuan ●
● cirit-birit & muntah ●



jika rakan² & readers berasa mempunyai tanda² ini, sila secara pantas berjumpa doctor. apalah sangat wang ringgit itu jika hendak dibandingkan dengan nyawa kita.

May ALLAH gives all of us a very good health & helps us to prevent this from become more worse

artikel menarik

hye sweetie

i am damn tired but i cant sleep. so how??? what should i do at this time? the clock now is 1:44am and WHAT!!!
my cute eyes....plsss....plssss close & sleep, ihiksss...

since i cannot sleep, i was 'playing' with pakcik google and found this article. quite interesting. so, just wanna share this info with all my sweeties....enjoy it and let's share your opinion!


Tips Untuk Kekalkan Percintaan

Anda mungkin tidak mempercayainya, tapi merupakan nasihat yang baik untuk dibaca! Anda mungkin mempelajari sesuatu jika membacanya!!!

PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu.

KEEMPAT.
Apabila kamu berkata, “Aku Cinta Padamu”, maka tunaikanlah.

KELIMA.
Pabila mengatakan, “Maaf”, tenunglah matanya.

KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.

KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KESEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KESEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUABELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGABELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,”Kenapa anda ingin tahu?”

KEEMPATBELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMABELAS.
Ucaplah “Semoga anda diberkati” apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAMBELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUHBELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
1. Rasa hormat pada diri sendiri
2. Rasa hormat kepada orang lain
3. Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPANBELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILANBELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUAPULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUAPULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.


so, what is your opinion bout this article???? ouh...i need to sleep now.
gud nite, muah muah muah

budak tecik

hye sweetie reader...

minggu yang amat memenatkan. sudah 3 malam saya tidur around 12am++. oh no!! saya amat memerlukan tidur yang mencukupi untuk kekal cute & ceria. hahaha perasan!

saya ada budak tecik sekarang. ouh, sudah lama ada. dulu dia amat kecik but now dah besar sikit tapi masih tecik juga. if not, why I am still calling her 'budak tecik' rite? hehehe

budak tecik amat lasak. walau tidur pun dia lasak. kawan² tada percaya???





see, i am telling the truth okeyh. hihihi umairah dah berusia 4 bulan. dia kan lahir 1 april yg lepas. wah! semangat sungguh dia. geram dgn pipi dia yg tembab itu. aci tak saya gigit pipi dia nanti???

saya mahu beradulah. mengantuk + penat.
nite all
muah muah

dusty multicolor

hye all

I am just arrived at my home sweet home at 12:35AM. damn late rite? went back from office around 9:30PM, had my dinner with office-mate at Steven Corner (the chicken chop so yummy) after that, drove to Shah Alam, Pakteh's house to take my 'dusty multicolor'. yeah Nurul, already received the item. a million thanks to you


guess what is inside the box


one of my lifetime wish list already granted. seriously, I cant wait for tomorrow to take the item at my uncle's house.


taraaaaaa...my new wallet


now i have a new wallet. yea yea! really happy. i am still thinking either want to buy the fossil clutch or not. i love the design. looks retro & unique.

oh no!! i have an examination this morning. wish me luck okey.
tata

busy dizzy working

hye all

huarghhhh!!! i am so tired & sleepy. cuba teka, pukul berapa masa entry ini dibuat??? the computer time show 8:55pm. excellent worker rite???

sudah 2 hari saya pulang lewat. semalam saya balik pada pukul 10pm. hari ni tak pasti lagi kerana saya masih menanti new patches to be install into the server. saya diarahkan oleh PM to test all the completed bugs & modifications that had been done by offshore. hahaha kalian faham apakah yang saya mengarutkan ini????

honestly from me, I really love this job. I can learn a lot of things. really appreciate the opportunity gave my Ms Rose. thx a lot!!!

ouh well, Joseph already installed it. I need to test it.
tata all

p/s: this is the reason why I've no time to update my lovely blog

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009