umang-umang

morning semua

pagi khamis yang mendung di Kuantan. dari kepanasan semalam semasa nak tidur, jadi semakin sejuk. sampai dua kipas saya pakai untuk lena semalam. rupanya, pagi tadi hujan. patut sejuk semacam. hehehe


si umang Bagan Lalang


aktiviti saya bersama incik TUNANG ketika menghabiskan masa di Bagan Lalang. kami menjenguk aktiviti si umang.
indah sungguh kejadian Allah swt.


tempat menyorok si umang


saya takut + geli nak berjalan atas pasir² yang berupa seperti di atas tanpa memakai selipar. incik TUNANG sila jangan gelakkan saya yer. kenapa saya geli & takut? pertama, saya takut tapak kaki chumey saya digigit oleh si umang. kedua, saya geli melihat si umang berkeliaran lari. eiiiii geli la!


picca ini chantek bangat. tak sampai hati nak edit


saya gigih mengkaji bagaimana si umang ini masuk ke tempat menyorok dia. amat bijak menghasilkan tempat menyorok yang cantik di pasir pantai. si umang akan menggali secara memutar & pasir² yang digali dibawa & diletakkan di atas. tangan² si umang kan ada banyak. si umang yang kecil selalunya akan terus masuk ke dalam mana² tempat menyorok yang agak terbuka.


si umang ini cuba menyorok di tangan incik TUNANG


ouh! saya amat sukakan saat itu.
incik TUNANG, lepas ini kita nak ke mana yer???

0 Comments:

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009