Azam Tahun 2010

last entry for this year...

saya nak senaraikan pula azam saya untuk tahun 2010. hrmmm...nampak agak critical kan? insyaALLAH, saya semuanya akan tercapai sebelum tahun 2011.

[1] lebih berjimat-cermat a.k.a KEDEKUT!!!! mentor saya: mr. X. sayang, pls guide me

[2] handphone baru. saya mahu N97. tak tahu nak pilih antara black or white. gimme ur opinion plsss


taken from here


from this site

[3] lalalalala.... KAHWIN!!!

[4] turunkan berat badan saya sebelum berkahwin. huwaaaaaaaaa....seksanya!!!


taken from here

[5] lebih berdisiplin. ubah sikap² huduh dalam diri saya ini. semoga saya menjadi insan yang lebih baik & hamba-NYA yang lebih taat. insyaALLAH

[6] gigih bekerja. tiada malas² & tidur² di opis. opssss, kantoi!


semoga azam 2010 ini tercapai. Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku. Amin...

2009 Collection

hi sweetie,

dari analisis saya, wish yang ini agak tercapai. mana tidaknya, setiap kali gaji, pasti ada membeli. haish!! pantang jumpa yang berkenan, memang terus sambar. tambah² kalau hang out ngan dD. dari menemankan dia bershopping, saya yang memborong tau. selalu sangat macam tu. kadang² tu, dia tak shopping pape pun. saya yang lebih². hahaha

collection saya yang pertama sekali. taraaaaaaaaaaaaaa! all the picca unedited due to my laziness. hahaha


from Vincci. beli end of January 09 with my first salary. yehuuuuuuuu



both beli masa hang out with dD & SyaQ at Pavilion


beli masa shopping Raya & sementara tunggu dD kat Maju Junction. dD, ko ingat tak?


yang paling latest. ada kisah disebalik kasut ini


adeh! saya tak jumpa picca yang lain. nanti yer...akan bersambung!

agak², tahun 2010 nanti, akan bertambah ke koleksi saya??? payah nak jawab tu

mengenang kembali

holla

entry untuk mengenang kembali apa yang saya plan & azamkan untuk tahun 2009

~~ My 2009 Wish List ~~

Myvi SE - target b4 June 2009
Coach Handbag - target b4 Aidilfitri (blh pakai masa raya nnt)
Cyber-shot Digital Still Camera - DSC-T77 - target b4 end of 2009
Collection of shoes - at least buy 1 per month
Collection of clothes - at least buy 1 per month
Got rm10K in my account - my target saving!!!


RESULT????

Myvi SE tak dapat. tapi dapat EYA!
Coach handbag pun tak dapat. too many imitation, so would prefer another label.
Cyber-shot Digital Still Camera - DSC-T77. masih tak tercapai juga. change to DSLR.
Shoe! yeah...mencapai target!
Clothes. hrmmm....let me think first
RM10K?? cant tell you...

goodbye 2009

morning all

last day for 2009. alhamdullillah...masih bernyawa.

kawan² apa khabar? tengah bekerja atau bercuti? seronoknya menghabiskan cuti. ada cuti² Malaysia tak? ihikssss...

jom kita selak² diari 2009. jom kita analyze. amacam? adakah tercapai apa yang diazamkan? semua mengikut seperti yang dirancangkan ke? saya nak ajak kawan² kongsi apa yang tercapai & apa yang tak, mau??? ekekekek

hari ni, saya nak share dengan semua apa yang saya berjaya capai sepanjang tahun 2009. jom!!!!

walau apa pun, selamat tinggal 2009!!!

p/s: yang confirm, ada yang terpaksa carry forward ke tahun 2010. hahahaha

Jualan Cuci Gudang Habib

hye sweetie...

setiap kali balik dari kerja, bila nampak sahaja bunting Habib tergantung di tiang² lampu jalan, saya tergelak. 'Cuci Gudang'???. adakah jewelry ni boleh menyebabkan gudang Habib itu kotor?? ekekekekeke

untuk mereka yang mencari barangan kemas, jom pakat serbu Habib Jewels.

24 to 27 December 2009
Habib Warehouse Sale

4 Days Only
Up to 70% Off on all Diamond & Gemstone Jewelry
Up to RM10 Off on selected Gold Jewelry

Highlights
24 December – Gold Pendent at RM88
(First 100 customers at Ampang Point, First 50 customers at all showrooms)

25 December – Midnight Sale with Special Bargains from 10pm – 12am
(Ampang Point only)

26 December – Lucky Draw

27 December – Knocked Down Prices

Locations
At all Habib Showrooms
Grand Celebration at Habib Ampang Point Showroom
credits to here


pic from here

hati saya & Dila tergugat tiap kali terpandang bunting Habib ini. hehehe

The Manhattan Fish Market

hi peeps

kawan² sudah lunch? lunch apa tadi? tak kisah lunch apa pun. yang penting, haruslah berkhasiat. betul tak? ihiksss

semalam, saya berdinner secara mewah & banyaknya. rasa nak meletup perut saya. tempat kerja baru saya belanja makan. annual dinner. eceh! apa² pun, terima kasih tidak terhingga untuk dinner yang marvelous. banyak sangat makanan sampai tak mampu nak habiskan

sudah², tammo bercerita secara panjang lebar. jom kita layan picca. jangan ada yang terliur yer


tempat kami berdinner secara mewahnya




menu Fiza


menu Kak Zura. lobster itu amat yummie okeh!


menu saya! salmon grilled with fries (bukan nama sebenar)


abe hensem ni tengah bakar cheese. erk!



** more picca will be upload later **

tag: Perancangan Tahun Baru

morning sweetie

pagi² ini saya blogwalking, tak pasal² kena tag. dah lama sungguh tak menjawab tag. Aza, ko saja je suruh aku mengerah otak berfikir.

[1] Kahwin


pic taken from here

yeah! insyaALLAH kalau tiada aral melintang, saya akan menamatkan zaman solo tahun 2010. malu ai. doakan semoga semua berjalan lancar yer rakan²

[2] Saving

yerp! saya akan gigih untuk mengubah sikap boros saya kepada seorang yang lebih berjimat-cermat. Saya perlu menabung untuk masa depan saya & insyaALLAH, masa depan keluarga yang akan saya bina.

[3] Bercuti

Krabi Island. taken from here


Sipadan Island. taken from here


Bali Island. taken from here

yang ni, samada bercuti bersama teman² atau dengan hubby2be. kalau dah bercuti bersama hubby2be, ia dah kategori honeymoon okeh! ihiksss

kalau diikutkan, amat banyak planning untuk 2010. tak tersenarai pula nanti. cukuplah dengan planning yang major ini. insyaALLAH, ia akan jadi kenyataan.

saya mahu tag siapa yer???? sesiapa sahaja yang membaca entry ini. KAMU DITAG!!!

senyuman si kecil

hi cutie

masih ingat tak pada budak tecik? ouh! saya amat rindukan dia. dia sudah mula ringan mulut. riuh dengan jeritan dia. makin lasak. macam baby boy plak.

sejuk hati bila melihat senyuman comel ini...














rindu bangat sama budak tecik. ada rasa tak sabar nak ada anak sendiri tak? ihikssss

Tips Berjimat Untuk Kahwin

morning sweetie

di awal tahun baru ini, saya nak berkogsi tips berjimat cermat buat semua bride2be. ihiksss dapat tips ini dari Diah. tQ so much dear...

1.) Fast food once a month only! smbl2 berdiet
2.) Dome & rakan2 - we shared 1 huge meal
3.) Lunch-I used coupons provided by my company.so its free!(dulu2 tak penah pakai!)
4.) No strolling at the malls...bimbang iman tergugat
5.) Don't open emails that contain word "warehouse/sale"
6.) Redbox...once in 3 months(dulu2 twice a month)
7.) Buy things for wedding only!!
8.) No vacation..except for Jakarta ;p
9.) Use cash otherwise dun buy!
10.) Take LRT. save petrol & no traffic!
11.) No more mags except for bridal mags
12.) Movies on Wed! (been practicing this dulu2 lagi sbb cheaper & less people)
13.) Ade duit terus cepat2 bayar vendor
14.) Go for 1st trial facial only..hiks!
15.) Stop manicure,pedicure & hair treatment for a while.Tp massage xleh tahan!huhu
16.) Lepak more w frens yg bakal2 nak kawin.Mereka lebih memahami..huhu
17.) Time sale,sorok dlm rumah je surf wedding blogs ;p
18.) Kalau dh gian sgt nak masuk boutique2 baju,lalu sekali imbas je.Seriously it worked!
19.) Jog at KLCC park..no gym!
20.) Beli buah kat pasar malam je! 10 biji RM5 jer!

so, mari kita start berjimat cermat yer buat mereka² yang nak berkahwin next year.

Doa Akhir Tahun & Awal Tahun Hijrah

salam sweetie

mari kita berdoa sempena berakhirnya tahun Hijrah 1430 & tibanya tahun Hijrah 1431.

Doa Akhir Tahun Hijrah

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua."
Dengan izin Allah, orang yang berdoa akan mendapat perlindungan Allah dari fitnah dan tipu daya syaitan dari semua dosa selama setahun yang lalu.



Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Semoga Allah cucurkan Rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian.

Ya Allah wahai Tuhanku, perkara-perkara yang telah aku lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini maka aku belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tidak meredhainya dan Engkau tidak melupakannya (Tuhan yang tidak bersifat lupa) dan Engkau berlembut tidak mengazabku malah memberi peluang supaya aku bertaubat selepas aku melakukan maksiat itu. Maka aku memohon keampunanMu.

Ya Allah, ampunilah aku dan mana-mana perbuatan yang telah aku lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan pahalanya. Maka aku mohon diperkenankan perbuatan (amal bakti) yang telah aku lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapanku. Ya Allah yang Maha Pemurah .
Semoga Allah cucurkan Rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian.



Doa Awal Tahun Hijrah

Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat Maghrib 17 Disember 2009 iaitu bersamaan dengan 1 Muharram 1431 Hijrah.


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.



semoga kehidupan kita diberkati & dilindungi ALLAH swt....
credits to here

keputusan game pagi ini

hello peeps

semangat kebolaan saya tiba² ada & kerajinan untuk meng'hapdet' keputusan perlawanan yang baru tamat sekejap tadi pun datang dengan relanya. serius! saya kebosanan di tempat kerja sebenarnya. mahu tahu time waktu entry ini dibuat?


jam di dinding office saya. cuba teka yang mana selalunya saya tengok?

nanti saya cerita mengenai kerja baru saya okeh! mari kita lihat keputusan perlawanan yang baru tamat pagi tadi.


team siapa yang menang sila angkat tangan

pastinya, kedudukan & point setiap team juga berubah. saya rasa tak banyak yang berubah kecuali point setiap team saja.


yang kat atas tu jangan yakin sangat
huhuhuhu

dan jadual perlawanan seterusnya. sila siap sedia yer...


saya tetap setia pada ManU. hehehe go ManU go!!

pesanan untuk wanita

masa saya bersiar² baca blog teman blogger, saya tertarik dengan entry dari blog SiS aZiYaNa. pesanan yang ringkas tapi sukar untuk dilaksanakan. mari kita renungkan bersama.

1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggalkan solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga. Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al-Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yang hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yang menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

moga kita sebagai wanita, isteri & ibu mampu melaksanakan 6 pesanan ini untuk keberkatan kehidupan kita dunia & akhirat. Amin...

gila bola

hello peeps!

sekarang ni, semua orang bercerita tentang bola sepak. tak kira dari pelusuk negara mana, tua muda, semua bercerita tentang bola sepak. semua sudah gila bola!!!

ouh ye, TAHNIAH kepada team bola sepak Malaysia yang berjaya ke final Sukan SEA ke-25. perlawanan akhirnya akan berlangsung esok. team Malaysia akan menentang team Vietnam. mari kita sokong secara berjemaah yek. ada live tapi saya tak sure TV berapa, pukul berapa. anyone can update me about this???

cerita bola lain....


hot gila sekarang ni. sampai ada yang merajuk, jatuh sakit (sakit hati sebenarnya) bila team yang disokong kalah. kalau team itu menang, bukan main lagi buat huru-hara.


kedudukan setakat hari ini

ishk ishk ishk....bola tu kan bulat. tendang sana, ia golek ke sana. tendang sini, ia golek ke sini. kalah menang adat bertanding. tapi ingat! pasukan kuat tak semestinya menang...

go ManU go!!

teman setia

holla all

selama saya menghilangkan, EYA ada menemani tau. tidak kira siang atau malam, EYA tetap setia bersama. macam orang kuning plak. I will follow you...

sebab EYA baik menemankan saya ke mana sahaja, saya hantar EYA buat 'routine check-up'. mana tahu EYA dalam diam ada sakit. alhamdullillah, EYA sihat walafiat. masih gagah untuk menemani saya ke mana sahaja tidak kira siang atau malam, panas atau hujan.

as bonus, saya hantar EYA ke 'spa'. dah lama EYA tak dibelai, diwangikan. gembira sangat EYA bila diberi kesempatan ke 'spa'. sekali sekala EYA dimanjakan apa salahnya. betul tak rakan²?


ramainya yang mandikan EYA

kawan² nak tahu tak? EYA dah ada kawan baru tau. nampak EYA mesra saja dengan kawan baru dia. nama kawan baru EYA, IVee. kawan baru EYA selalu juga temankan saya (owner IVee termasuk dalam pakej menemankan saya tau). ihiksss... gembira sangatlah bila EYA boleh get along dengan IVee.


kawan baik EYA tengah di-makeup

cuti nanti nak jalan² ngan IVee... ceh! padahal nak jalan² dengan owner IVee. ekekekeke

kemanakah dikau menghilang???

hai hai (sambil lambai² tangan, feeling diva kononnya)

hello sweetie

apa khabar? sudah makan? how's life? today shud be better than yesterday. betul tak?

miss me? tertanya² kemana saya menghilang sampaikan my lovely blog terabai bersawang tak ber'hapdet'? saya ada saja. monitor dalam diam saja my lovely blog ini. mencari idea juga actually. tapi, macam mana idea nak datang kalau dalam fikiran asyik terkenangkan tanaman, ternakan & ikan²??? ihikssss you know what i mean rite?

saya tammo cerita panjang² untuk entry ini. my sweetie tunggu next, next, next entry okie. saya 'hapdet' semua aktiviti saya selama menghilang.

takut hangpa tak lalu nak baca plak nanti :p~

pagi Isnin di Kuantan

morning sweetie....

miss me? ihikssss....kerana ketagihan game² di Facebook, terabai sudah my lovely blog. amat rindu untuk bercerita. saya minta maaf kerana lama tada hapdet.


ouh ye, saya berada di Kuantan pagi ini. ada appointment dengan doktor di HTAA. petang nanti pulang ke KL. rindu tau. ihikssss

happy monday!!

Tercipta Untukku by Ungu

hye peeps!

saya nak share satu lagu yang pada mulanya saya amat tidak suka. adalah sebab² peribadi yang tidak boleh saya kongsikan di sini. eceh

tapikan, sekarang saya sudah suka sangat pada lagu ini. so meaningful. aduh..lirik ia amat romantis. suddenly, im being too jiwang. hahaha

jom kita layan video dia. sambil tu, tengok lirik di bawah sana yer. baru ada feel.


Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku

Banyak kata
Yang tak mampu ku ungkapkan
Kepada dirimu

[chorus]
Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku

Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Ku slalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku

Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Ku slalu milikmu
Yang mencintaimu

saya tunggu orang tersayang nyanyikan lagu ini untuk saya. boleh tak???

Amir Yusof

hello dearie...

siapa yang suka baby or budak kecik? sila angkat kaki & tangan anda sekarang juga!!! yer yer, saya amat sukakan kanak². tambah² jika kanak² itu or baby itu amat tembam. geramnya. rasa nak gigit².

haaaa entry ini khas untuk anak dak_ker. salah seorang geng borak.cari.com. penyandang jawatan Naib Presiden untuk kelab generasi. wah! beliau kelak akan menjadi laki² pertama join borak.cari.com. SYABAS!

khas untuk tatapan aunty² di borak.cari.com, dipersembahkan picca comel Amir Yusof




kawan², takmo melawat dak_ker ke? Arissa nak jumpa penolong dia neh. ihikssss

ketagihan saya makin menjadi²

good morning sweetie...

apa khabar hari ini? sudah bersarapan? saya sihat² saja. off-day di rumah, jadinya saya lewat bersarapan. seperti biasalah. ihikssss hari ini kena pantas sebab saya sudah mahu masuk rumah baru. yea yea.... dekat dengan mr. X

sorry tiba² saya menghilang. seperti dimaklumkan, broadband saya telah diculik! saya berjaya mengambil ia semula semalam. fuh! fuh! penat tau. ambil di Kuantan. hahaha no lah! ayah saya pinjam selama dia berkursus di Shah Alam. kemudian, terlanjur saya pulang ke Kuantan Ahad lalu, saya ambil terus broadband saya di sana. 1 week tanpa broadband...huwaaaaaaaaa sedih tau! bukan sedih apa, sangap tak boleh nak oNLine. ihiksss

ok ok. tutup cerita itu. saya mahu bercerita tentang ketagihan saya yang makin menjadi². setiap hari, saya pasti menjenguk tanaman, ternakan & ikan² saya. jika tidak, ikan² mati kebuluran. tanaman mati kering. rugi la saya....

l
ladang sayur, buah, bunga & ternakan saya



aquarium ikan² saya



ikan² belaan saya

saya amat gigih kerana menyahut seruan kerajaan Malaysia. kawan² bila lagi? best wooooo game ini. praktis dulu sebelum implement. erk, boleh pakaikah teori saya ini?

ada tak ubat untuk hilangkan ketagihan ini????

Naib Presiden

nama naib presiden telah diumumkan...

AMIR YUSOF

baru berusia 8 hari pada hari ini.

** picca kemudian **

Celcom broadband diculik!

morning sweetie

huwaaaaaaaaaaaaaaaa
saya pepagi dah sedih. sebab apa????? sebab saya tak boleh online malam² seperti biasa. broadband saya telah diculik!!!!!!!!!!!!!

">
sekadar gambar hiasan

penculikan terjadi semalam pagi. saya yakin, ia akan dikembalikan pada hujung minggu ini setelah puas ber"nego" dengan penculiknya. ihiksss


gambar hiasan

bila broadband dikembalikan, aktiviti hapdet akan berjalan lancar seperti biasa. mungkinkah saya akan "sharing is caring" broadband dengan Mr. X???

kita tunggu jawapan ia selepas ini
ihikssss

benjo. yummie!

hi cutie!!!

sambil buat entry ini, saya mengunyah. tetiba berasa teringin nak makan. lagi pun, seharian saya tada makan apa². yang buka selera saya adalah benjo!


sedap sangat² benjo ini. bukan kerana saya kelaparan menyebabkan ia sedap. tapi kerana bahan² yang digunakan. amat kreatif owner kedai burger ini mempelbagaikan rasa burger² yang dia jual. tabik spring la kat dia. toink! toink!


tengok². mayonis dia banyak. yang warna brown² tu if tak silap, black pepper sauce. masa goreng telur tu pun, dia letak sikit serbuk lada hitam. yummie sangat²!!!

siapa yang stay kat PA ni pasti tahu kedai ni. dari jauh liplap² lampu kelip² dia yang warna merah tu. ihikssss

ada burger arnab special tau!

generasi pelapis Borak.Cari.com

hollaaaaaa

selain blogging, saya juga berforum. alaaa saya selalu masuk board Borak saja. pelbagai cerita kami kongsi bersama. dari zaman single mingle sampailah berpasangan, seterusnya bertunang, berkahwin & menjadi seorang ibu. sekarang ni semua tengah berebut² melahirkan generasi pelapis untuk Borak. hehehe

yang menjuarai takhta adalah Arissa! big clap to her mommy. pasni Arissa jadi presiden. betul² mewarisi bakat mommy dia. janganlah dia notty macam mommy dia.


Rissa yang 65% ikut muka ayah + 35% muka mommy


mommy yang dah rabak mata sejak ada Rissa


aksi Rissa dikala jaga & tidur

naib presiden disandang oleh lelaki. anak dak_ker. apa khabar dia sekarang yer? masih tada nama lagi. tunggu ibu dia update.

siapa akan memegang jawatan setiausaha, naib setiausaha, bendahari, etc...

¤¤ memoir of ReLyZa ¤¤ © 2009